Halaman

Sabtu, 28 April 2012

Gombak  - Pada minggu leas hari Khamis (19.4.2012) telah diadakan satu kursus kepengadilan softboll (express course). Manakala pada minggu ini pula berlangsungnya kejohanan softboll peringkat negeri. Tuan rumah adalah gombak. Tup tup terus jadi pengadil. Mula-mula itu jadi arm base. Elak punya elak akhirnya kena juga aku jadi plate arm. Ok juga la. Memang aku tak nafikan pada mulanya sangat menakutkan. Setelah jaga lebih kurang 3 plate, boleh la
Kejohanan telah selesai. Namun keletihan dan kehitaman tetap terasa. Semoga ia ,menjadi satu pengalaman yang berguna buat aku. Cadang nak sambung kursus kepengadilan lagi.
Semasa kejohanan aku menginap di rumah mak mertua aku di putrajaya. Aku ulang alik kerana dalam masa yang sama isteri turut berkursus di kuala lumpur.Seronok juga, namun penat....

Isnin, 23 April 2012

Hari Pendaftaran Penduduk Bandar Purera Klang

1]5.4.2012 Ahavd4d, Bandar Putera Klang - Bawa anak dan isteri melihat program pertama anjuran IOI bagi penduduk bandar pufera. Nampak menarik, namum bagi saya masih membosankan. Mungkin kerana tiada apa yang boleh menarik perhatian aku. Apa yg ada cuma permainan dan jualan yg berkaitan dgn rumah. Aku apa lagi balik rumah le.
Cuma anwari je yg gembira sekejap, kerana dapat jumpa badut buat belon.





Aku je yg tak rasa apa-apa. Kiranya tak de apa yg menarik le. Akhirnya aku dan oisreri b
gmrb
vd4

Sabtu, 21 April 2012

Bola MSSD Petaling Perdana

13 April 2012, UPM Serdang - Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak bawah 18 tahun SMK TTDI Jaya kerana berjaya menduduki tempat kedua dalam pertandingan yang dijalankan. Kejayaan anda adalah kejayaan sekolah. Tahniah juga kepada 3 orang ahli pasukan bawah 18 yang berjaya terpilih untuk sesi pemilihan pemain daerah bagi tahun 2012. Pemain tersebut adalah Rudie, Syafiq Aiman dan Azman. Berusahalah untuk mengharumkan lagi nama sekolah selain mencemerlangkan diri anda dalam sukan yang digemari.

Gambar kejohanan













Gambar akan cuba dimasukkan lagi




Ahad, 25 Mac 2012

PERLAWANAN PERSAHABATAN 5 PENJURU

24..3.2012 - Semalam ada perlawanan persahabatan antara pasukan bola sepak bawah 18 SMK TTDI JAYA dengan pasukan sekolah SAAS, SUBES, S7 dan PUCHONG PERMAI. Aku yang bawa budak ni yang terasa penatnya. Mana ke tidaknya. Aku keluar rumah pada jam 7.15 pagi dan balik semula ke rumah pada 7.20 petang. Budak tentu la lagi penat.



Selepas itu.....





Penat.








Ahad, 18 Mac 2012

TAHUN BARU KERJA BARU

2012 - Tahun baru telah dua bulan 18 hari berlalu (Rasanya). Ini baru pertama kali aku mengadap balik blog aku. Kerja untuk tahun ini pun banyak yang baru. Banyak perubahan yang berlaku dengan jawatan lama aku. Tahun ini aku diamanahkan untuk memegang jawatan SU Kokurikulum. Namun disiplin masih aku pegang cuma bukan ketua dah. Lagi pun sebelah pagi ini dah ada ketua. Lupa nak maklumkan tahun ini aku mengajar sebelah pagi. Subjek yang aku ajar adalah matematik tingkat 4 dan pjpk tingkatan 5. Kalau nak dikirakan penat, memang penat bekerja ini. Cuma boleh atau tidak kita kendalikan. Aku...... tak pasti sama ada dapat kendalikan atau tidak. Kadang-kadang emosi juga aku bila penat menimpa. Semoga tahun ini akan berlalu dengan kebaikan. Amin

Rabu, 25 Mei 2011

Terima kasih.

Hari ini aku menerima cenderahati dari anak murid ku. Beliau yang pertama memberi sempena sambutan hari guru yg bakal diraikan pada 27.5.2011 di sekolah ku. Gembira? Ya memang terpancar dari hati ku. Mungkin kerana aku dihargai, walaupun mungkin hsnya dia sahaja. Aku mendoakan semoga semua pelajar yg sentiasa hormati ibu bapa dan guru berjaya dalam hidupnya. Kami tidak perlu pemberian harta benda cukup sekadar hormat dan ingatan. Namun terima kasih jua diukirkan kepada yg meraikan dgn cenderahati. Mungkin ini salah satu cara murid ku mengucapkan terima kasih. Aku hormati... Buat Humaira terima kasih.

Selasa, 19 April 2011

Merehatkan Minda



Best juga main bowling ramai-ramai ni. Menang tu tak de la. Penting best. Cuma sedih sikit la. Orang rumah sibuk dengan orang lain. Faham dia memang bertugas. Tapi sedih tetap sedih. Kesian pun ada. Tengok dia lari sana, lari sini.Kalau boleh nak tolong, tapi ini bukan tempat yang agak sesuai. Majlis orang le katakan.
Kalau tengok anak-anak lagi la ligat. Sana sini da berlari. Ada kawan le katakan. Perangainya... puh boleh tahan. Budak perempuan (remaja) pun habis dia mengorat. Macam mak dia.
Ma... bila nak pergi lagi ni. Pa.. nak asah bakat sampai tajam ni.