TIDAK ADIL

Kenapa perkara ini berlaku pada aku. Untuk mengajar aku turut diajar oleh hati ini. Sungguh tak ku duga betapa pedihnya hati ini bila aku melihat hasil didikan aku sebegitu rupa. Hasil yang ingin aku didik mencela aku sebegitu rupa. Adakah aku tidak dapat menjadi insan yang dikehendaki oleh orang yang aku sayang.
Lupa aku pada dunia bila melihat didikan aku merana. Namun kenapa aku keraskan hati ini untuk bersuara. Adakah aku cuba mengajar atau adakah aku ego. Namun apa yang aku tahu kekesalan itu telah memakan hati ini sehinggakan aku tidak berdaya pada hari ini. 
Kepada insan yang aku sayangi. Maaf dipinta. Aku masih belajar untuk mengajar.
Kalau dapat rasanya aku putarkan masa, akan ku putarkan saat itu dan ditukar dengan perkara yang lebih indah buat mu. Namun apakan ku daya aku hanyalah insan yang biasa. Allah jua yang maha berkuasa.
Semoga titik ini menjadi satu lagi diari pengajaran buat aku yang bergelar manusia.

Ulasan

kekasih hatimu berkata…
salam sayang buat kekasih hatiku..... ape yang telah dilakukan memang agak mengguris hati ini.. tapi kutabahkan hati kerana ku tahun sayang ingin mendidik... tapi cara yang digunakan semalam agak keras dan nampak seperti melepaskan rasa yang lain bersama amarah kepada si kecil.. seolah2 ada perkara lain yang mengusik hati sayang.... perkara itu ditambah dengan kenakalan si kecil... sayang lepaskan semua pada si kecil sehingga dia kelihatan takut dan bukan hormat... sayang percayalah bukan dengan amarah saja boleh selesaikan masalah.... mendidik boleh dengan pelbagai cara dan gaya... harap sayang dapat menjernihkan hubungan sayang dengan si kecil supaya dia faham perkara yang terjadi adalah untuk didikan kepadanya.......

Catatan Popular