Afi Kembali Ke Hospital



 Assalamualaikum.

Tanggal 27.9.2013 jam 4.30 pagi Afi Mukhlis masuk semula ke hospital.  Jangkaan awal aku mungkin kerana semput yang teruk. Masa itu Afi kelihatan lemah dan bernafas seperti orang yang sedang belari ( laju dan kepenatan ). Aku yang masa itu baru balik dari pasar besar.  Membeli barangan untuk majlis Aqiqah Afi.  Dalam keletihan aku usahakan badan untuk bangun.  Aku memegang Afi sambil isteri ku memandu kereta.  Destinasi awak adalah DEMC, namun aku mengubah keputusan dan meminta isteri ku menuju ke Hospital Putrajaya.  Sampai jam 4.30 pagi aku membawa Afi ke bahagian kecemasan.  Pegawai perubatan di sana membuat pemeriksaan dan seterusnya menyarankan anak ku diberi "nebulizor". Di samping itu, aku diberitahu ujian darah dan xray akan dilakukan ke atas anak ku bagi mengesan punca dan jenis sakit anak ku. 
Setelah semua ujian dilakukan,  paru-paru anak ku dikatakan terdapat jangkitan kuman.  Jadi anak ku harus dimasukkan ke dalam wad bagi tujuan pemantauan dan perubatan.  Mahu atau tidak, aku kena akur.  Nasib baik hati ini aku telah mengambil cuti terlebih awal. Itu pun atas tujuan majlis Aqiqah Afi. Sungguh tak dijangka.......Hingga ke hari ini (28.9.2013) Afi masih di dalam wad. 
Sedihnya. Sepatutnya hari ini adalah Majlis Aqiqah Afi Mukhlis Bin Mohd Azril tetapi Afi pula berada di hospital dengan keadaan yang begitu penat. Papa dan mama doakan semoga Afi cepat sembuh. 

Amin...

Kesian dan sedih rasanya, tetapi perlu: Bantuan oksigen sedang diberi

Tengah main gajet samsung

Sedang tidur

Hai semua








Ulasan

Catatan Popular